Wednesday, July 15, 2009

Pagi ini aku nak ucap terima kasih & angkat topi kepada seseorang. Aku taknak mention nama dia...pasal aku taknak langsung org ingat aku nak jek dia.

Sebab dia itu 'someone'. Tapi itulah yang aku nak percaya.

Walau siapa pon orang itu...bagaimana lahiriah dia...tapi kalau hatinya jujur...tiada siapa dapat menafikan.

Salam to you.

2 cents worth: Aku ingin menjadi seperti itu...

Sunday, July 12, 2009

What a weekend

Weekend yang aku rancang ialah weekend seperti biasa...bawak anak jalan-jalan. Pergi makan mana budgeted restoran yang kami teringin. Selebihnya ialah melaksanakan aktiviti bersama suami dan anak-anak. Pendek kata, apa sajalah atas nama rehlah.

Tapi weekend 11 & 12 Julai ini jadi weekend air mata buat aku.

10 Julai (Jumaat), aku pulang dan melihat tiada perubahan terhadap muka anak kecil perempuan ku yang senget sebelah. Apabila di bawa ke klinik pakar kanak-kanak, doktor meramalkan anak aku menghidapi Bell's Palsy.

Aku sendiri tak pasti apa yg aku rasa tika doktor memberi keputusan sebegitu. Tapi yang aku pasti, aku tidak mahu menangis di hadapan ibu mertuaku yang sangat aku hormati. Kenapa yea? Banyak sebab...antaranya aku tidak mahu langsung ibu M lemah melihat tangisanku.


2 cents worth: rasa banyak betul cerita yg nak aku kongsikan di sini. Tapi aku biar ia datang dalam lembaran akan datang.