Sunday, July 12, 2009

What a weekend

Weekend yang aku rancang ialah weekend seperti biasa...bawak anak jalan-jalan. Pergi makan mana budgeted restoran yang kami teringin. Selebihnya ialah melaksanakan aktiviti bersama suami dan anak-anak. Pendek kata, apa sajalah atas nama rehlah.

Tapi weekend 11 & 12 Julai ini jadi weekend air mata buat aku.

10 Julai (Jumaat), aku pulang dan melihat tiada perubahan terhadap muka anak kecil perempuan ku yang senget sebelah. Apabila di bawa ke klinik pakar kanak-kanak, doktor meramalkan anak aku menghidapi Bell's Palsy.

Aku sendiri tak pasti apa yg aku rasa tika doktor memberi keputusan sebegitu. Tapi yang aku pasti, aku tidak mahu menangis di hadapan ibu mertuaku yang sangat aku hormati. Kenapa yea? Banyak sebab...antaranya aku tidak mahu langsung ibu M lemah melihat tangisanku.


2 cents worth: rasa banyak betul cerita yg nak aku kongsikan di sini. Tapi aku biar ia datang dalam lembaran akan datang.

No comments: